Thursday, March 5, 2009

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang
mencari pendayung sampan yang

pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air
laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam
lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke
langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam

perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"
Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas
hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu

masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu.Malang sungguh nasib kamu,

semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan."
Kata Professor itu dengan

nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan
terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil

berenang menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari
kita. Dia mungkin bodoh

dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi
"MASTER" dalam bidang yang diceburi.


Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg
dikumpulkan jika bukan utk

digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan.. .